SAYU : SELAMAT TINGGAL SAYANG..LANS KOPERAL MAUT KEMALANGAN TINGGAL ISTERI SARAT MENGADUNG 7BULAN (6GAMBAR)

KLUANG : Jika sudah ajal sesaat pun tidak dapat lari arwah syam maut dalam kemalangan malam tadi apabila van dipandu nya terlibat kemalangan.

Apa yang paling memiluukan isteri arwah Dira sedang sarat mengadung 7 bulan dan bakal lahirkan cahaya mata sulung mereka awal bulan 4 nanti.

Arwah syam merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal maut di tempat kejadian apabila van yang dipandunya terbabas di kilometer (KM) 9 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 10.25 malam itu telah menyebabkan mangsa, Mohd Norhisyam Padzli, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.






Ketua Polis daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, hasil siasatan awal mendapati van tersebut dipandu seorang diri oleh anggota berkenaan dari IPD Kluang menuju ke Balai Polis Simpang Renggam untuk mengambil Orang Kena Tahan (OKT) yang ditahan dalam Op Noda.

"Van yang dipandu mangsa adalah kenderaan pasukan. Apabila sampai di tempat kejadian di selekoh anggota ini gagal mengawal kenderaan dan terbabas masuk ke parit di sebelah kiri jalan.

"Akibat mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di bawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mohamad berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di selekoh dan sistem laluan dua hala dan setiap hala satu lorong.

Beliau berkata, kejadian berlaku di laluan menghala ke Renggam dari arah Kluang dan cuaca pada masa kejadian hujan renyai serta keadaan jalan basah.

Bagaimanapun, kes ini disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-fatihah untutk arwah Syam semoga rohnya dicucuri rahmat dan dikalangan orang yang beriman untuk isteri arwah Dira semoga tabah dalam menghadapi ujian ini dan semoga dipermudahkan utuk bersalin anak sulung awal bulan 4 ini.. Aamiin
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Post a Comment